Cukup Terkesan! Ini 4 Hikmah Yang Saya Belajar Daripada Pemergian Arwah Nik Idzni Dalila

Saya rasa semua orang sudah tahu mengenai berita kematian isteri kepada Kamal Effendy, iaitu arwah Dr. Nik Idzni Dalila yang telah menghadap Ilahi beberapa hari lalu.

Kisah arwah sebenarnya telah banyak memberi inspirasi kepada masyarakat Malaysia. Dan kematiannya menjadi buah mulut netizen Malaysia yg sememangnya sedih dengan pemergiannya. Sejujurnya, peninggalan arwah cukup memberi kesan pada diri saya secara umumnya.

Daripada situ, suka ingin saya kongsikan rentetan pengajaran yang boleh kita teladani daripada hikmah penentuan Allah ini:

1. Semangat dalam melawan penyakit.

Serius! Beliau sangat tabah. Saya baru sahaja mula baca tulisan beliau dan ianya memang bagus. Walaupun saya tidak tahu mengenai kanser tahap 4, tetapi dia masih mampu bertahan dengan penyakit tersebut. Dalam pada masa yang sama, beliau sempat habiskan ijazah dalam bidang perubatan. Cukup mengagumkan! Bagi pelajar di luar sana, mari kita jadikan usaha arwah sebagai inspirasi untuk kita Berjaya dalam akademik kita.

2. Kepercayaan yang tinggi kepadaNya.

 

Pada pendapat saya, kuatnya kebergantungan beliau pada Allah menyebabkan dia sentiasa positif dalam apa jua perkara yang dia lakukan. Saya pasti sesiapa yang pernah baca tulisan beliau di blog pun boleh sama-sama jadi positif.

3. Kehidupan yang sebenar.

 

Ini hakikat kehidupan yang ramai dapat belajar daripada beliau. Beliau sentiasa mengingatkan orang lain tentang jangka masa kehidupan ini sebenarnya berharga. Mengapa? Kerana, beliau tahu yang beliau sudah tidak punya banyak masa, dan tetap tidak mudah putus asa lakukan apa yang beliau ingin lakukan. Bagi saya, beliau sangat bergantung keyakinan kepadaNya. Bagi kita yang masih ada rezeki di dunia, hidup ini sememangnya tidak mudah dan sukar. Ada masa kita rasa mahu mengalah kerana rasa ujian bertimpa-timpa. Tetapi, ingatlah bahawa Allah tidak akan bebankan kita melebihi apa kemampuan kita.

4. Cinta yang tulus.

Secara peribadi, saya merasakan suaminya, Tuan Kamal adalah sangat kuat dan tabah. Cabaran untuk menghadapi ujian sebegini amatlah besar. Umur perkahwinan mereka yang masih muda (1 tahun) membuatkan ramai yang sayu dan mendoakan kebaikan untuk mereka berdua. Saya fikir, sudah pasti beliau mencintai arwah Dr. Nik Idzni Dalila bukan kerana cantik, kaya dan sebagainya tetapi perasaan cinta yang tulus ikhlas keranaNya.

Anda boleh mengikuti dan melihat sendiri tulisan mereka berdua di blog dan media sosial mereka di bawah. Ingat, setiap perkara yang terjadi itu ada hikmahnya.

You may be interested

Kanak-kanak Perempuan diseret oleh Singa Laut ke dalam Air
Uncategorized
shares5 views
Uncategorized
shares5 views

Kanak-kanak Perempuan diseret oleh Singa Laut ke dalam Air

Editor - May 25, 2017

Setiap larangan pasti ada sebab yang tertentu dan sudah pasti ada kesan yang perlu ditanggung sekiranya melanggar arahan tersebut. (more…)

3 Langkah Penting apabila Berhadapan dengan Isu Viral
Uncategorized
shares8 views
Uncategorized
shares8 views

3 Langkah Penting apabila Berhadapan dengan Isu Viral

Editor - May 16, 2017

Siapa masih ingat kisah wanita dengan rakaman mak mendera anaknya ? Kisah pergaduhan di masjid ketika majlis akad nikah sedang…

Jauhkan Telefon Bimbit daripada Pandangan Anda
Uncategorized
shares6 views
Uncategorized
shares6 views

Jauhkan Telefon Bimbit daripada Pandangan Anda

Editor - May 15, 2017

Persoalan yang mungkin timbul setelah membaca tajuk ini adalah KENAPA? (more…)